Allah
SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah
menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan
barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as
memandang dirinya sendiri dan berkata:- “Wahai Tuhanku, adakah engkau
menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail
as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap
rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah
SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan
ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan
lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka
pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya
solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan
solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian
Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka
sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya
Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…” Kemudian
Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah
Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan
mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh
menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300
tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah
berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia
berkata dalam sujud:
“Ya
Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian
Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang
selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti
kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu
lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa
perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua
rakaat yang mereka kerjakan…..”
Marilah
sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah
menyembunyikan 6 perkara iaitu :-
1.
Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam
taat.
2.
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di
dalam maksiat.
3.
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang
Maha Agung di dalam Al-Quran.
4.
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar
di dalam bulan Ramadhan.
5.
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang
paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6.
Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh
terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga
kita mendapat keberkatan daripada ilmu ini.
Wallahualam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar