1. TAQWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
Artinya:
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah
menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan
hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami
berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir
sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda,
“Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan
mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu
hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada
kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu
berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al
Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat
pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi
geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang
diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.” H.R. Abu Daud dan Tirmizi
Keterangan
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga
daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan
dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu
seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa
yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah
disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:
Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa
jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala
laranganNya.
Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum
muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba,
selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan
sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang
mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi
saw.
Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para
kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.)
yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah
berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana
hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada
api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid’ah dholalah, iaitu apa jua
fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini,
pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada
asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan
bid’ah menurut pengertian syarak (bukan bid’ah dholalah) tetapi hanya
dinamakan bid’ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab
bid’ah hasanah).
2. KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN
Ertinya:
Daripada Ummul Mu’minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata,”
(Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan
keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi
bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa
mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj
seperti ini”, dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang
sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti
bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah
kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang
shaleh?” Lalu Nabi saw. bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu
banyak”. H.R. Bukhari Muslimi
Keterangan
Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri
sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka
kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak
hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga
akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan
diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera
dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya
tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang
melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa
semua penduduk yang berada di tempat itu. Dalarn hadis di atas, walaupun
disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan
adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini.
Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita
saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa
permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab
dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam
masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak
bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain
daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya’juj dan Ma’juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan
Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi
ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan
pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu
mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka
pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua
bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa
hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.
3. SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
Ertinya:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir
tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang
mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam
hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari
kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw. menjawab, “Bahkan kanu
pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir,
dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh
kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit
‘wahan”‘.Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?”
Nabi kita nenjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. H.R. Abu Daud
Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat
Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh
Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang
banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu
dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka
ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa
dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk
melawan dan melumpuhkan kekuatannya. Sebenarnya, segala kekalahan kaum
Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri,
iaitu dari penyakit ‘wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua
unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia”
dan ‘takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. “Cinta
dunia” bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di
jalan Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan
kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri
akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa
dalam memperjuangkan agarna Allah swt. Kitaa berdoa agar Allah swt.
menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka
kejayaan di dunia dan di akhirat.
4. ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,
“Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu
dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan
ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim
ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin
mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan
berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang
lain.” H.R. Muslim
Keterangan
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi
meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, “patah tumbuh,
hilang berganti”, peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama.
Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu
saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu
sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan
kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup.
Sebenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan
manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama,
hilanglah segala sesuatu yang bernilai. Di ahir-akhir ini kita telah
melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan
oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal
sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang
sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat
perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan
pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih
keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari
ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk
menyelesaikannya.
5. GOLONGAN ANTI HADITH
Ertinya:
Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Hampir
tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di
atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada
hadisku maka ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah
(al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan
apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan
sabdanya, “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah
hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt.” H.R. Abu Daud
Keterangan
Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang
mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas
al-Quran. Ia hanya percaya kepada alQuran sahaja. Baginya, hadis tidak
perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini
tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada
realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak
merujuk kepada hadis Nabi saw.. AI-Quran banyak menerangkan hal-hal yang
besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk
memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta
menghuraikan dan menerangkan yang musykil. OIeh kerana itu, syariat
tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti
disertai dengan hadis Nabi saw.
6. GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
Ertinya:
Daripada Mughirah bin Syu’ bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa
di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka),
sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka
sentiasa berjaya”. H.R. Bukhari
Keterangan
Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali.
Oleh itu Allah swt. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan
memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas
dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin dipermukaan bumi ini. Kalau
kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya
hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji
sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari
golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di
Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam,
golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan
bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada
pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan
beramairarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan
kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan
pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis
Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang
banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan
sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda
umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi
mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari
ini. Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak
mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang
bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walau
pun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya
tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti
luhur. Walaupun syi’ar-syi’ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat
tetapi di tempat lain syi’ar-syi’ar Islam masih lagi gagah dan teguh.
Walau pun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat
tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah
seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini
hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada
masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan
angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah
itu hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat
itulah akan berlaku hari qiamat.
7. ISLAM KEMBALI DAGANG
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”. H.R. Muslim
Keterangan
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan
dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan
dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh
pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian
Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada
pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa
ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan
Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang
iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah
untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu
program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada
seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini
dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak
bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang
tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk. Begitulah
seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih
dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang
rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan
orang Islam.
8. BAHAYA KEMEWAHAN
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk
bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin
Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang
yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya
Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan
Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh
ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di
Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala
harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw.
bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti,
pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang
dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan
diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias)
rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?“. Maka
jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik
daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah
ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi
Keterangan
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya
pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam
kehidupan. Pagi petang. pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak
putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan
bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan
berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada,
maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw.
mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”,
ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat. Kemewahan hidup banyak
menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana
yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak
melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding
dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka,
sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan
yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah.
Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk
rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah
disabdakan oleh Rasulullah saw., “Seandainya seorang anak Adam
itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang
yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui
kematian)”. Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban
manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan
menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia
sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah
tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan
dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting
dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan
untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada
batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk
menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka
bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak
adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia
menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
9. UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
“Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum
Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon
kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah
orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!”, kecuali
pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon
itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”. H.R.
Bukhari Muslim Keterangan Hadis ini memberikan harapan yang sangat
besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam
memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang
dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh. dan rnenyesatkan umat Islam,
namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat
Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang
ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh
makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun
akan memberi penolongan kepada mereka. 10. SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Ertinya:Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, “Rasulullah saw.
pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan
berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya
menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu
turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah
al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan
al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya
Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu
beliau bersabda, “Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu
diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah
bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula,
lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya
seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat
seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau
gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau
melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa”. Ketika
Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu
kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya. “Kemudian
berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja
tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan
orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu
ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan
orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam bekerja,
alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di
dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat
timbangan biji sawi.” “Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun
tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak
bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah
yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat
menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi,
maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku
(maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang
memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk
mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka
saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan
dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)”. H.R. Bukhari Muslim
Keterangan
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara
beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat
nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat
pula. Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita
terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi
sebenarnya ia juga telah berlaku curang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar