Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di
sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang
mengiringi kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda
manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik
pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha lintuk menjerumuskan
manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda,
merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin sama ada ia nabi atau
orang yang alim.
Dalam surah al-An'am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman:
Dalam surah al-An'am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman:
Add caption |
Dan demikianlah kami jadikan bagi
setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka
membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
yang berbunyi
Tidaklah salah seorang daripada kamu
(yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan scorang kawannya
daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya:
Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan
tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong
saya, kecuali kepada kebaikan.
Tersebut dalam al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya mencatat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan, dan ada yang membawa wahyu kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta-duta. Ada pula yang bertugas memelihara al-Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga neraka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muii Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan. Tersebut juga dalam al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah s.a.w. ketika beliau mula-mula meneriina wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat.
Tersebut juga dalam Al-Qu'ran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga disebut Ruhul-Amin dan Ruhul-Quds. Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam peperangan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam,
sampai 3,000 malaikat jumlahnya.
Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik kepada manusia, yang melahirkan keteguhan semangat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukanlah badan kasar, melainkan roh manusia jua. Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau waswas, melainkan pengaruh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan. Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nasa'i, demikian bunyinya;
Sesungguhnya dari syaitan ada
semacam gangguan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun
gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan
sentuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka
barang siapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu
dari Allah, dan terima kasihlah ia kepadanya. Tetapi kalau didapatinya yang
lain, maka dia hendaklah berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam.
Kemudian ia membaca: Syaitan menyuruh menjanjikan kamu kefakiran dan
menyuruh kamu melakukan kekejian.
Di bawah ini diperturunkan lagi dua buah hadis untuk menguatkan keterangan tentang ada qarin yang menemani setiap manusia.
Telah berkata Ummul Mukminin
As-Sayyidah Aishah binti As-Siddiq:
Bahawasanya Rasulullah s. a. w telah
keluar dari sisinya pada satu malam,
tiba-tiba berlakulah satu tiupan
(syaitan) terhadapnya. Maka Rasulullah pun
datang melihat perkara yang sedang
saya lakukan. Baginda bertanya:
Apakah ang terjadi Aishah? Maka saya
menjawab: Apa halnya saya, tidak
diberi daya sebagaimana yang
dikurniakan kepada engkau? Jawab
Rasulullah s.a. w.: Adakah syaitanmu
telah datang. Maka saya menjawab:
Wahai Rasulullah. Adakah syaitan
bersamaku? Jawab baginda: Ya. Saya
bertanya lagi: Adakah terjadi pada
tiap manusia. Jawab baginda: Ya. Maka
saya pun bertanya: Adakah juga
berlaku atasmu wahai Rasulullah. Jawab
Rasulullah: Ya tetapi Tuhanku
memelihara akan daku hingga aku selamat
daripda tipu dayanya.
Sesungguhnya tidak ada seorang
daripada manusia (yang dilahirkan)
melainkan dikembari Allah seorang
jin sebagai kawan.
Jelasnya bahawa setiap orang itu
mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yang sentiasa berusaha
untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah
manusia adalah seumpama bahan tunggangan, manakala qarin (iblis dan syaitan)
tadi adalah penunggangnya. Demikianlah, perbandingan yang diberi oleh
Rasulullah s.a.w.
Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penunggang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat. Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. Banyak diantara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah s.w.t. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.
Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi. Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanahair yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung. Padahal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan mereka. Begitu juga halnya ketika manusia hendak berjihad ke jalan Allah. Iblis dan syaitan menakut-nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mereka miliki. Kemudian dibisikkan dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikahwini oleh orang lain. apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi-bahagi untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka ria menikmati harta peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuangan seumpama ini adalah merugikan.

Sesungguhnya syaitan itu duduk
mengganggu manusia dengan berbagai-bagai
cara. Ia duduk melakukan gangguan
kepada manusia dengan alasan
Islam. Lalu ia berkata: "Apakah
kamu masuk Islam, dan meninggalkan
agama kamu dan agama nenek-moyang
kamu? Tetapi manusia itu
menentangnya dan masuk Islam. Lalu
syaitan itu duduk menganggu
manusia dengan jalan hijrah ".
Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak
hijrah, meninggalkan bumi dan
langitmu? Tetapi manusia itu menentang
dan berhijrah. Kemudian syaitan itu
duduk dan menganggu manusia dengan
jalan jihad dan berkata: Apakah.
kamu akan berjihad sedangkan jihad itu
menghilangkan nyawa dan harta. Kamu
akan terbunuh. Maka isteri kamu
akan dikahwini oleh orang lain,
manakala harta-harta kamu akan dibahagi-bahagikan.
Tetapi manusia tetap menentang
syaitan dan terus berjihad.
Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi diantara manusia dan qarinnya atau denan syaitan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Inilah jawapan Allah s.w.t. ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia
seperti yang tersebut dalam Surah al-Hijr ayat 42.
Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada
kekuasaan bagimu atas mereka
kecuali orang yang mengikut kamu
iaitu orangorang yang sesat.
Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa 'alaihissalam dan ibunya Maryam berdasarkan firman Allah dalam Surah Ali Imraan ayat 36.
Sesungguhnya aku melindungi akan dia
(Maryam) serta anak keturunannya
daripada syaitan yang direjam.
Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menunggu itu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaikbaik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gangguan iblis dan syaitan.
Dari Abu Rafi r.a. (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah s.a.w.) ia berkata:
Aku lihat Rasulullah s.a.w. membaca
azan salat di telinga Husain bin Ali
ketika Fatimah r.a. melahirkannya.
Sebuah hadis lain, dari Husain bin
Ali r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Siapa yang melahirkan anak lalu bayi
yang dilahirkan itu diazankan pada
telinga kanan dan diqamatkan pada
telinga kirinya, nescaya ummu sibyan
(jin yang menganggu kanak-kanak)
tidak akan menganggunya.
Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:
Apabila malam meliputi (atau apabila
malam menyelubungi) maka cegahlah
anak-anak kamu, kerana sesungguhnya
syaitan-syaitan itu berkeliaran
ketika itu. Maka apabila luputlah
satu ketika daripada Isyak, maka berilah
kebebasan kepada mereka, selak pintu
kamu serta sebut nama Allah dan
padamkan lampu serta sebut nama
Allah, dan tudunglah bekas-bekas
minuman kamu dan sebut nama Allah,
dan tutuplah bekas-bekas makanan
dan menyebut nama Allah biarpun
bekas itu telah ditudungi atau direntangi
sesuatu ke atasnya.
Jelasnya anak-anak kecil perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib. Jangan biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jeris makhluk halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki sambil mengenakan mangsanya.
Hakikatnya, malam bukan masa untuk manusia keluar dari rumah seperti yang seharusnya dilakukan pada waktu siang. Malam adalah untuk berehat, menenangkan fikiran dengan mengingati Allah, bukan untuk berkeliaran di luar rumah seperti yang dijelaskan dalam Surah Yunus ayat 67.
Dialah yang menjadikan malam bagi
kamu supaya kamu beristirehat
padanya dan menjadikan siang terang
benderang. Sesungguhnya pada
yang demikian itu terdapat
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang
mendengar.
Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya setiap orang mengurangkan keluar pada waktu malam kerana pada waktu malam segala kejahatan buruk boleh terjadi tanpa diduga.
Keluar pada malam itu tidak digalakkan kecuali sebab-sebab tertentu. Apatah lagi jika keluar seorang diri. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Andainya manusia itu tahu apa yang
terjadi ketika berseorangan, seseorang
itu tidak akan berjalan bersendirian
biarpun satu malam buat selamalamanya.
Menurut kepercayaan keagamaan orang
Mesir pada zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau
secara umumnya sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin
umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir bersama-sama bayi
dan akan menjadi teman sepanjang hidup.
Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarannya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.
Dibandingkan dengan jumlah makhluk-makhluk lain, jumlah manusia adalah yang terkecil. Nisbah bilangan manusia hanya 1 %, bilangan jin 9% manakala malaikat ialah 90%. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:

Sesungguhnya Allah mencipta malaikat
dan jin juga manusia 10 bahagian.
Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan
manusia satu bahagian. Allah ciptakan
dari satu bahagian itu dipecahkan
kepada 10 bahagian. 9 bahagian
daripadanya adalah bilangan jin dan
hanya satu bahagian sahaja bilangan
manusia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar